((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))
Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

10 July 2014

Final Piala Dunia Brazil 2014


Demam bola, Piala Dunia dah menghampiri kemuncak. Dua pasukan ke pentas Final dah diketahui.
Berikut adalah serba sedikit statistik mengenai 2 pasukan ini.

Rekod pertemuan:
Argentina menang 9 kali, Jerman menang 6 kali.

Kedudukan dalam carta FIFA:
Jerman: 2
Argentina: 5

Penjaring terbanyak World Cup 2014 (setakat ini):
Jerman: Thomas Muller (5)
Argentina: Lionel Messi (4)

Untuk Info Lain yang menarik, kunjungi juga rakan saya di sini...




12 June 2014

Jadual & Keputusan Rasmi Piala Dunia 2014 Brazil Online


FIFA Piala Dunia(FIFA World Cup) tak perlu diperkenalkan kerana seantero dunia mengetahui akan kehadirannya. Tahun ini giliran Brazil menjadi tuan rumah 'pesta' bolasepak terbesar dunia yang berlangsung 4 tahun sekali ini. Perlawanan pembuka tirai adalah antara Brazil dengan Croatia pada 12 Jun, 5 petang masa tempatan Brazil bersamaan pada 13 Jun, 4pagi waktu Malaysia.

21 October 2012

KELANTAN Juara Piala Malaysia 2012



Kejayaan Kelantan menundukkan ATM dengan keputusan 3-2 masa tambahan setelah kedudukan seri 2 sama di masa sebenar menjulang Kelantan sebagai juara Piala Malaysia 2012. Ini menjadikan kejuaraan ketiga musim ini bagi Kelantan setelah menjuarai Piala FA, Liga Super dan sekarang Piala Malaysia, menjadikan tahun 2012 adalah tahun yang paling bergaya dalam sejarah bolasepak Kelantan. Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini juga dilihat sebagai final paling menarik dan hebat.
Tahniah pemain dan penyokong Kelantan.

13 October 2012

Kelantan - ATM Di Final Piala Malaysia 2012



Musim bolasepak tempatan musim 2012 sudah hampir ke kemuncaknya. Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini menemukan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kelantan layak ke final setelah membenam Selangor 3-0 secara agregat di separuh akhir. Manakala ATM pula menghampakan Lions xii dengan jaringan penalti 5-4 selepas terikat 2 sama secara agregat.

Sama-sama kita saksikan nanti pertembungan yang dijangka menarik ni di Stadium Shah Alam atau di TV.





02 July 2012

SEPANYOL JUARA EURO 2012

Sepanyol muncul juara EURO 2012 selepas menewaskan Itali 4-0. Gol dijaringkan oleh Silva (min 14), Alba (min 41), Torres (min 75) dan Mata (min 86).










19 May 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012











Kelantan baru sahaja dinobatkan sebagai juara baru Piala FA Malaysia 2012. Pengesahan kejuaraan dicapai selepas menundukkan pasukan Sime Darby dengan 1-0. Gol tunggal perlawanan adalah melalui tendangan penalti oleh Mohammed Ghaddar pada minit 58.







13 May 2012

Final Piala FA Malaysia 2012


Piala FA Malaysia 2012 dah menghampiri penghujung. Perlawanan akhir tahun ini menemukan Finalis tahun lepas, Kelantan yang berdepan kelab Sime Darby. Perlawanan akan diadakan di Stadium Bukit Jalil, 19 Mei 2012. Harga tiket sekali lagi menjadi isu, apabila FAM menaikkannya lagi kepada RM40. Kalau tiap-tiap tahun naik, maknanya menjelang 2018 harga tiket akan menjadi RM100....



Apapun, sejarah baru pasti akan terukir pada malam tersebut kerana kedua pasukan ini belum pernah menjadi juara piala FA sebelum ini. Kelantan hampir melakukannya pada tahun lepas namun dikecewakan oleh Terengganu.
Senarai Juara Piala FA:









22 November 2011

Sukan SEA 2011: Ibu Segala Pingat Milik Malaysia


Malaysia sekali lagi mengekalkan pingat emas acara Bolasepak yang dimenangi dalam edisi Sukan Sea yang lalu. Lebih manis kejayaan dicapai didepan penyokong fanatik lawan.

Walaupun Malaysia di kedudukan ke4 dalam kutipan pingat keseluruhan Sukan Sea kali ini, namun pingat emas bolasepak nampak lebih bermakna.
Dalam perlawanan yang penuh debaran itu Malaysia ketinggalan oleh gol awal Indonesia. Namun anak muda kita tak patah semangat dan mengasak serta mengekang asakan dengan baik dan teratur. Akhirnya mendapat gol penyamaan sebelum tamatnya separuh masa. Kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa kedua dan masa tambahan. Penentuan sepakan penalti yang terus memihak Malaysia dengan jaringan 4-3.
TAHNIAH SKUAD BOLASEPAK SUKAN SEA...








29 October 2011

Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan Juara



Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia Musim 2011 dengan menewaskan Terengganu, 2 gol berbalas 1 di Stadium Shah Alam.
Gol pertama dijaringkan oleh Terengganu menerusi Mohd Ashaari Shamsuddin. Negeri Sembilan Membalas dengan dua gol masing-masing oleh S.Kunnalan dan gol cantik oleh penyerang veteran Hairuddin Omar.

Tahniah Negeri Sembilan.







07 February 2011

Safee Sali Sah Ke Indonesia.


Penyerang kebangsaan dan Selangor, Safee Sali hari ini mengesahkan dia akan berhijrah ke kelab Liga Super Indonesia (ISL).
Beliau akan menandatangani kontrak selama setahun secara rasmi dengan Kelab Pelita Jaya pada 14 Februari depan.

Kelab Pelita Jaya adalah kelab yang menyertai Liga Super Indonesia (ISL) dan berpengkalan di Jawa Barat. Kelab di latih oleh bekas penyerang berbisa Singapura, Fandi Ahmad.

Oleh itu perlawanan pada Sabtu ini 11/02/2011 bertemu Kuala Lumpur adalah perlawanan terakir Safee beraksi untuk Selangor.



03 February 2011

Lintasan LTDL

Le Tour de Langkawi (LTDL) edisi ke 16 telah melabuhkan tirainya. Juaranya adalah Jonathan Monsalve, dari Venezuela berusia 22 tahun.

Kali ke 16 ni berpeluang pulak menyaksikan perlumbaan dari dekat. Ni pun gara-gara terperangkap diperjalanan. Jalan yang ku lalui digunakan sebagai laluan perlumbaan. Tiba je di suatu lokasi semua pemandu diarah berhenti di bahu jalan. Tak kisah lah, aku pun dah lebih 1 jam driving ni, bleh dapat luruskan kaki dan sedut fresh air.

Keluar je kenderaan, aku terus ke sebuah 'kuda putih' Honda yang ditinggalkan oleh polis trafik. Dua tiga kali aku 'tawaf' 'kuda putih' tak bertuan tu. "Uhh..cantiknya, kalu dapat ni bagus ni..". Tiba2 mat lori menyapa aku dari seberang jalan.."bang, naik je bang bawa jalan.." heheh... aku hanya mampu tergelak dan tersenyum.

Lepas tu datang pulak lelaki muda, sekitar awal 20an menyapa aku..."seronok ye bang, boleh tenggok race ni". "Ye, bukan selalu dpt peluang mcm ni" balas ku..
Kemudian datang pula pakcik lebih separuh abad menghampiri ku.."Banyak belanja ni, tengok dengan pengiring je dah brapa ramai.." kata pakcik tadi. "emm.. banyak ni" balas ku. "Tengok, siap monitor dengn heli lah.. hah, ni kereta pengiring ni dijual lelong la lepasni" sambung pakcik tu bila lihat helikopter melintas bersama gerombolan pelumba yang diikuti oleh berderet-deret kereta pengiring.

Rumusan 1:Dari 2 komen oleh lelaki muda dan pakcik tu, boleh dibuat rumusan yang LTDL ni seronok dilihat tapi kos yang tinggi dan tak berapa pasti akan manfaatnya.

Rumusan 2:Dari 3 orang yang menyapa aku dalam beberapa ketika shj kat situ, menunjukkan warga Malaysia n peramah lah. Atau mungkin, aku yang ada daya penarik???? hehehe... (ada yg meluat tu... jgn marah aaa...)

Ni gambar eksklusif yang sempat ku snap pada hari itu, utk tatapan semua....












03 January 2011

Pemain Kita Dilamar, Haruskah Mereka Terima?


AFF Suzuki Cup yang baru kita juarai akhir tahun lalu umpama pelaris yang melariskan beberapa pemain tonggak kita. Berapa pemain, antranya Saffe Sali, Norshahrul dan Syafiq dilapurkan dilamar oleh beberapa kelab luar untuk bermain bersama mereka. Tawaran tersebut datang dari kelab2 di Indonesia dan diberitakan pemain2 kita sedang dalam perbincangan dangan pasukan asal mereka di sini untuk pelepasan kontrak.

Dengan tawaran atau gaji yang lumayan tentunya menarik minat pemain2 tersebut. Namun, jika difikirkan untuk jengka panjang adakah ia boleh membantu perkembangan bolasepak kita??
Dalam kebarangkalian dan prospek perkembangan yang kecil 'ya'... sebab di sana dibenarkan pemain import, jadi pemain boleh mengalami satu pengalaman yang berbeza dari di Malaysia.

Tetapi, pada keseluruhannya tahapnya kualiti tak jauh beza dengan liga kita. Lainlah jika tawaran diterima dari kelab2 dari negara Eropah, China, Jepun, Korea, Arab Saudi, Qatar atau lain2 kuasa bolasepak dah tentunya kualiti yang jauh berbeza dan harus dirasai oleh pemain kita. Dengan itu boleh meningkatkan kualiti pemain seperti yang ditunjukkan oleh beberapa pemian kita yang pernah bermain di Eropah termasuk Akmal Rizal dan skuad Harimau Muda dulu.

Apapun, diera bolasepak profesional ni, pemain bebas memilih untuk bermain dimana dia mahu, kerana itulah punca pendapatan mereka. Masa muda dan tengah laris ni lah peluang untuk mencari wang bekalan hari tua.
Jadi, apapun keputusan mereka haruslah kita restui kerana itulah sumber pendapatan mereka hari ini dan mungkin untuk masa tua kelak.


.

30 December 2010

Malaysia Juara!! Terima Kasih Khairul Fahmi dan semua.




Kejayaan penjaga gol Malaysia, kelahiran Kelantan Khairul Fahmi Che Mat, menyelamatkan tendangan penalti oleh ketua pasukan Indonesia pada separuh masa pertama dilihat antara faktor kejayaan Malaysia dari membenarkan Indonesia menambah jaringan. Ditambah pula gol pertama kita di awal separuh masa kedua oleh Safee Sali. Itu lah antara faktor kejayaan Malaysia mmenjuarai Suzuki Cup tahun ini.

Kecekapan Khairul Fahmi yang menyelamatkan sekurang-kurang 10 peluang Indonesia harus mendapat pujian. Mengikut lapuran BERNAMA trafik ke facebook beliau meningkat mendadak, menjadikan yang kelima popular di dunia.

Tahniah Khairul dan semua pemain, anda memang Harimau Malaya yang garang... berkuku dan bertaring. Jangan sampai kuku dan taring itu tumpul dek habuan yang bakal diterima kelak. Peminat masih dahagakan kejayaan skuad bola Malaysia.

.

29 December 2010

AFF Suzuki Cup 2010 -Malaysia JUARA


Walaupun tewas 1-2 di Jakarta, namun bekalan 3-0 yang dibawa ke Jakarta cukup untuk menewaskan Idonesia secara agregat. Jadi, Malaysia buat kali pertamanya menjadi juara AFF Suzuki Cup pada tahun ini, dengan kemenangan 4-2 keatas Indonesia.




TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!!

.

26 December 2010

Final AFF Suzuki Cup 2010 -Malaysia Hebat!!


Final AFF Suzuki Cup 2010 pusingan pertama Malaysia 3 - Indonesia 0.
Tahniah untuk skuad kita yang memang hebat, terutama diseparuh masa kedua.
Tiga gol yang menarik dan bergaya. Dengan bekal selesa 3 gol ini diharap kita dapat mengarungi perlawanan di Jarkata kelak dengan selesa, seterunya membawa pulang Suzuki Cup edisi 2010.

TAHNIAH!!!!!... TAHNIAH!!!.. TAHNIAH!!! Ayoh kita selesaikan tugasan ini dengan bergaya!!

KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA di Jakarta.

25 December 2010

Final AFF Suzuki Cup 2010 - Mampukah Malaysia?


Diantara tajuk perbincangan paling hangat sekarang ni adalah berkenaan dangan Final Bolasepak Piala Suzuki AFF, Malaysia bertemu Indonesia. Perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal-balik yang menyaksikan Malaysia akan menanti kunjungan Indonesia diperlawanan pertama dan menghadapi Indonesia di Jakarta kemudiannya.

Ini adalah kali pertama Malaysia layak ke final Piala Suzuki dan peluang ini harus digunakan untuk sekaligus menjadi juara. Namun cabaran adalah amat besar bila kita terpaksa menumbangkan Indonesia yang mengalahkan kita 5-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan tempohari.

Perlawanan pertama di Bukit Jalil esok adalah amat penting untuk kita. Tidak boleh tidak, kita mesti mendapatkan bekalan yang mencukupi untuk dibawa ke Jakarta kelak. Kelebihan gol yang banyak akan lebih menyenangkan pasukan kita bila bertandang ke 'kawah berapi' di Jakarta nanti.

Rata-rata nampak kelebihan pasukan Indonesia yang mempunyai barisan berpengalaman dibantu oleh beberapa pemain kelahiran luar. Pemain Indonesia mempunyai kemahiran individu yang baik serta bermain dengan corak pantas.
Walauapapun sebagai rakyat Malaysia, pasukan Malaysia tetap di hatiku. Mempunyai barisan muda yang bertenaga dan bersemangat serta disiplin yang tinggi, ditambah sokongan peminat tempatan, diharap mereka mampu menyaingi Indonesia.

Turunnya pasukan kita bertarung di Bukit Jalil sudah tentu akan mendapat sokongan padu dari sekurang-kurang 70ribu penyokong di stadium dan berjuta-juta lagi rakyat Malaysia yang lain. Selamat berjuang, Semoga berjaya!!!

Jadual Final AFF SUZUKI CUP 2010;

KEPUTUSAN PERLAWANAN:
-Pusingan pertama
-Pusingan Kedua

........

04 December 2010

Rahsia Kehebatan Gimnastik China


Negara China merupakan salah satu negara yang sering menguasai sukan gimnastik baik diperingkat Sukan Asia mahupun Sukan Olimpik. Malahan China juga sering menjuarai acara gimnastik dunia. Apakah rahsia kejayaan mereka? "Melentur buluh biar dari rebungnya"... tu lah rahsianya. (Ni peribahasa melayu, mcm mana China bleh pkai plak yerrr...hehe)

Mungkin peribahasa tu tiada di sana, namun apa yang dilakukan mereka adalah terjemahan peribahasa tersebut dengan erti kata sebenar.







Bukan senang nak jadi juara dunia. Apakah kita mampu dan sanggup berbuat begini??

31 October 2010

PANORAMA: Final Piala Malaysia 2010.

Panorama sekitar Final Piala Malaysia 2010 di Stadium National, Bukit Jalil (Kelantan lwn N.Sembilan) yang dipenuhi dengan kehadiran penyokong dari kedua pasukan. Digamatkan oleh sorakan penyokong dan dentuman mercun.

Apa2pun periksa tiket dulu... Kalau takde, nanti dapat dengar sorakan dan bunyi mercun je dari luar stadium.

Sampai di perkarangan stadium jam 6.40ptg, selepas berjalan kaki selama 15 minit kerana terpaksa parking kereta agak jauh. Parking tepi jalan, nasib baik tak kena saman...

Pintu masuk stadium, agak sesak. Masa ni, mengikut info dari rakan yang dah ada kat dalam stadium, stadium dah hampir penuh. Alamak, berdiri lah nampaknya. Takpe lah, tiket dah beli, dah sampai stadium pun, takkan nak balik...

Masuk je lah... dikatakan kawalan ketat dan pemeriksaan badan akan dilakukan di pintu masuk. Ini bagi mengelakan barangan terlarang terutama mercun dibawa masuk. Mmm... memang ramai pihak berkuasa di situ, tapi tak ketat pun pemeriksaannya. Dia cuma tanya ada bawa lighter tak?? Aku jawab tak... terus lepas. (memang tak bawa pun. Jadi, confirm bukan aku yg bakar mercun. heee....)

Dari luar, kemeriahan dalam stadium dah kedengaran...Apapun, walau dimana pun berada yang ni nak kena tunaikan jugak...

Betullah apa yang diberitahu, bila menjengah dalam stadium Jam 7.20mlm, stadium dah penuh. Ramai dah mula kena berdiri, yang ada kosong cuma di astaka. Aik... aku pun bayar rm30 jgak, kena berdiri ke??? Lama ooo...


Sebahagian penyokong N.Sembilan. Masih banyak tempat kosong ketika ini namun mula penuh menjelang perlawanan bermula..."HOBIN JANG HOBIN...."


Sebahagian penyokong Kelantan. Terpaksa berdiri kerana tempat duduk dah penuh. Masih ada tempat kosong di tempat duduk astaka ketika ini, namun penuh juga menjelang perlawanan..."GOMO KLATE GOMO...."

Perlawanan bermula. N.Sembilan dengan jersi kuning-hitam-putih dan Kelantan dengan jersi putih-putih-merah. Lepas ni dah takleh ambil gambar lagi...nak tumpukan perhatian... wahh... gol..gol..gol..gol...tummm...tammm...tebbabooo... (tak dpt nak digambarkan lah...). Nak tahu saipa menjarigkan gol, tenggok ulasan perlawanan...


Dah habis... Kelantan menang 2-1. Upacara penyampaian hadiah dan piala.

Pemain Kelantan meraikan kemenangan sambil memberi penghargaan kepada penyokong setia Kelantan.




.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers