((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

06 May 2014

Pak Aziz Sattar Meninggal


Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital KPJ Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi, 6 May 2014.

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an. Paling meninggalkan kesan, lakunan beliau dalam filem Seniman Bujang Lapuk. Dialog beliau "Walau rupa mu tak ku kenali, namun lubang hidung mu tetap menjadi pulaan hati kuuu..."

Jenazah disembahyangkan di Surau Al-Amin Bandar Tun Hussein Onn dan kemudiannya dibawa ke Masjid Bandar Tun Hussein Onn untuk disembahyangkan sekali lagi selepas solat Zuhur sebelum dikebumikan kira-kira jam 2 petang.

Al-Fatihah buat roh beliau.

Untuk Info Lain yang menarik, kunjungi juga rakan saya di sini...


No comments:

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers