19 September 2011
Pertunjukan Kuda Kebangsaan 2011
Untuk makluman semua, khasnya peminat kuda. Ataupun yang rasanya nak beraya dengan kuda, akan diadakan Pertunjukan Kuda Kebangsaan Malaysia 2011, selama tiga hari dari 23 hingga 25 September, 2011 di Pusat Ekuestrian, Sungai Besi,Kuala Lumpur. Para pengunjung boleh melihat pelbagai acara menarik merangkumi pertandingan ekuestrian seperti dressage, show jumping, endurance dan combined driving.
Tarikan lain adalah ekspo ekuin yang menjual semua produk dan perkhidmatan berkaitan kuda, pertandingan meladamkan kuda antarabangsa, menaiki kereta kuda dan menunggang kuda padi, pameran terbesar baka kuda, dan pameran pelbagai kereta kuda dari era yang berlainan. Bagi mereka yang suka membeli-belah, jangan ketinggalan melawat tapak ekspo barangan buatan tangan di mana sekumpulan individu yang kreatif menjual rangkaian perhiasan kecil bertemakan kuda.
Terdapat sukan ekstrem buat remaja, persembahan artis atau selebriti kuda (hehe.. selebriti betul lah..), persembahan pentas, gerai permainan, mencari harta karun, pertandingan mewarna.
Masuk ke Persembahan Kuda Kebangsaan Malaysia adalah percuma dan persembahan akan dimulakan dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Untuk lebih lanjut berkenaan acara dan lain-lain sila klik sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Assalamualaikum URY
tunggang kuda sunah Nabi
Wassalam
salam..
agak haru juga
sebab seumur hidup
belum pernah merasa
naik kuda..nak kena
belajar nih..sunnah Nabi
Soryy, lama dah tak datang sini..
Post a Comment