((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

22 August 2010

Artis Sokong Pesta Arak

Cerita artis pula lah..
Geram betul aku dengan artis kita hari ini yg kebanyakannya terlalu jahil tentang Islam (bukan semua, tapi kebanyakan). Aku bukannya pandai sangat tentang agama, tapi kepala otak aku yang berjambul ni dapat jga lah fikir..

Bila disentuh tentang cara diorang mencari rezeki, kata mereka "kami tak kacau orang, kami mencari rezeki yg halal". Rezeki halal dengan londehkan leher baju, rezeki halal dengan selak kain, rezeki halal dengan tayang pusat, rezeki halal dengan menerima wang dari hasil jualan arak, rezeki halal dengan menyokong pesta arak...?? (*aku kemukakan dalam ayat pertanyaan, bukan pernyataan)

Ni yang terbaru, artis melayu sertai Party Arthur's Day 2010, yang terang-terang ditaja dan dianjurkan oleh syarikat arak terkemuka Guinness pada 24 September ini.



Tengok pada poster, jelas yang menjayakannya adalah DJ Fuss, Taitanium ,Timbaland ,Pop Shuvit Dan Mizz Nina. Takkan lah artis ni tak tahu dan tak kenal dengan Guinness. Mungkin diantara mereka tu ada mat saleh(aku tak heran sangat) tapi, ada yang nama je macam mat saleh tapi melayu... klau rajin boleh cuba search kat google nama-nama tu.

Laman web rasmi pesta ni: ....ah, malaslah nak beri, anda carilah sendiri...

Tak tau la, ape nak jadi. Cuma mampu berharap agar Allah tidak turunkan bala, kerna jika diturunkan, semua akan merasa sengsaranya...

.
.

No comments:

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers