((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

09 July 2010

SUP KETAM Penawar DENGGI













>>Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.

>>Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, rasa pahit pada lidah, sakit di belakang bebola mata, lemah dan tidak bermaya, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal.

>>Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi. Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

PENAWAR
>> Secara saintifik tiada ubat atau vaksin untuk demam denggi. Namun kita perlu percaya setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati. Jadi, saya menyarankan kepada sesiapa yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti demam ini untuk mencuba sup ketam. Ianya terbukti berkesan dan amat cepat kesannya. Selepas sahaja memakan isi ketam, lidah pesakit akan kembali normal (tidak pahit), menyebabkan pesakit kembali berselera untuk makan. Teruskan terapi (makan dan hirup sup ketam) ini untuk beberapa hidangan, hasilnya amat menakjubkan sekali. Disamping itu pastikan pesakit banyak minum air masak serta diselang-seli dengan air isotonic (contoh: 100plus), kerana ia juga akan kembalikan air dalam badan dan menutralkan toksik dalam darah.
Jika pesakit dalam rawatan di hospital, dah tentu berbotol-botol air akan dimasukkan ke dalam badan, disamping ubat untuk kawalan dan bukan ubat untuk denggi. Jadi, bagi pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital pun disarankan untuk mengambil hidangan sup ketam ini.

>>Tak dapat nak jelaskan disini secara saintifiknya macam mana sup ketam ini boleh menjadi penawar kepada denggi, kerana aku bukan doktor atau ahli sains....namun aku telah laluinya, telah mencuba dan terbukti.

.....73

1 comment:

Unknown said...

tngok sup ni tiba2 rase lapar je perut ni.........hai ketam, ketam...huhuhu

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers