Negara baru digemparkan dengan kemalangan ngeri bas ekspress yang berlaku pada tarikh yang dikatatan terindah tahun ini, iaitu 10.10.10. Kepada waris takziah diucapkan, kepada saudara kita yang terkorban 'Alfatihah' dihadiahkan.
Ini ada deretan berita yang melibatkan bas maut sepanjang beberapa tahun lalu. Ikutilah.....
2010
SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.
Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.
2009
IPOH 26 Disember: 10 penumpang terbunuh dan 2 cedera, 1 cedera parah, selepas sebuah bas ekspress dua tingkat Sani Ekspress dhilang kawalan dan melanggar penghalang tepi jalan di KM 272.8 lebuh raya utara – selatan dimana bas tersebut menghala ke utara, 8 KM selepas keluar plaza tol Ipoh selatan,
2009
RAWANG 14 April, Enam orang termasuk pemandu sebuah bas ekspres maut, manakala tiga lagi parah apabila kenderaan dua tingkat yang membawa 32 penumpang itu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 443, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung, awal pagi semalam. Akibat rempuhan itu, sebahagian pembahagi jalan daripada besi sepanjang 60 meter terperosok melalui tingkap hadapan bas dan bersimpul di bahagian tempat duduk bawah, lalu terkena mangsa yang maut.
2008
MUAR 8 Disember: Sepuluh penumpang termasuk seorang doktor dari Hong Kong maut, manakala 18 yang lain cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 146.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tangkak, Muar, Johor.
Pemandu kedua Bas Super Nice Grassland yang terbabas dan terbalik, dekat sini, kira-kira jam 2.
2007
TAIPING 13 Ogos – Seramai 20 orang maut, lapan cedera parah manakala seorang cedera ringan apabila bas ekspres berusia 20 tahun yang mereka naiki terhumban ke parit sedalam lima meter di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 4.28 pagi yang disifatkan sebagai nahas jalan raya terburuk itu, 19 mangsa termasuk 13 lelaki dan sepasang suami isteri berasal dari Indonesia mati di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah, meninggal dunia di Hospital Taiping (HT) pukul 5 petang ini. Lebih buruk lagi, bas Super Express itu yang digunakan sejak 1987 dan gagal empat kali pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. baru-baru ini kerana masalah brek, disaman 19 kali oleh polis sejak 1991 selain merekodkan 79 saman dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lima tahun lalu.
2006
NIBONG TEBAL 30 Julai – Sebelas penumpang maut, manakala 35 lagi cedera termasuk sembilan parah dalam nahas ngeri apabila sebuah bas persiaran membawa 46 penumpang terbalik sebelum terbabas ke dalam parit di Kilometer 160.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Jawi, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, bas tersebut yang bertolak dari Ipoh, Perak dan menghala ke Bukit Mertajam, dekat sini terbalik sebanyak dua kali sebelum terbabas dengan keadaan kesemua tayarnya berada di atas dan bumbung ke bawah, di dalam parit berkenaan.
Dan banyak lagi yang tak tersenarai.... Namun seperti biasa selepas kejadian semua sibuk buat siasatan dan peraturan.... bila dah lama sikit semua lupa. Peraturan ntah kemana, undang-undang ntah kemana, nyawa penumpang terus jadi taruhan setiap kali bas ekspress meluncur laju di jalanraya...
.
No comments:
Post a Comment