((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

01 October 2010

Masa Yang Makin Pantas



Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan oktober kita ni. Maknanya dah 9 bulan kita lalui tahun 2010 ni... cepatnya masa berlalu. Rasanya baru je kita sambut tahun baru 2010, dah nak kita tinggalkan plak. Begitulah kehidupan sekarang ni, semua bergerak pantas. Sehinggakan Proton pun dah ada ura-ura nak menggunakan enjin berkuasa turbo pada kereta keluarannya akan datang. Semuanya kerana kepantasan dan kuasa.


Bulan Oktober tahun ni juga ada 1 tarikh yang cukup 'cute' iaitu 10.10.10. Tentu ramai yang merancangkan sesuatu yang istimewa untuk tarikh itu. Tapi, jangan lah abadikan benda tak senonoh plak pada tarikh tu. Kebetulan pula ianya jatuh pada hari Ahad. Mungkin ramai yang naik pelamin kot..


Acara terbesar yang akan berlaku pada tarikh tersebut adalah Malaysian Motorcycle Grand Prix 2010. Ia akan berlangsung 8-10 okt, namun 10 okt (10.10.10) adalah hari perlumbaannya. Acara ini dah semestinya akan diadakan di Sepang International Circuit. Ini merupakan kali ke 20 Malaysia menganjurkan Motor GP. Untuk keterangan lanjut dan tempahan tiket >> Malaysian Motorcycle Grand Prix 2010

.

No comments:

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers