((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

13 November 2010

Makan Bangkai...















KUALA LUMPUR: Tiga pusat penyembelihan ayam di Pasar Borong Selayang, di sini, diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan polis, awal pagi semalam selepas menerima aduan mengenai keraguan cara penyembelihan dan kebersihan.

Harian Metro difahamkan ayam di pusat penyembelihan itu didapati tidak disembelih secara sah menurut hukum Islam selepas didapati urat halkum ayam disembelih tidak sempurna.

Penolong Pengarah Unit Halal Jais, Ahmad Solihin Maryakoon, berkata dia terkejut apabila banyak ayam yang disembelih kelihatan meragukan kerana dikhuatiri mati lemas dan tersepit dalam bakul yang disediakan. Menurutnya, keadaan itu menimbulkan isu syubahah atau curiga sama ada ia halal dimakan atau sebaliknya berikutan pernah berlaku peniaga melemaskan ayam yang baru disembelih ke dalam tong besar berisi air atau menindihnya dalam tong bagi mempercepatkan proses kematian sebelum diproses dan dijual kepada orang ramai. Pengarah Jabatan Kesihatan MPS, Dr Razif Zainal Abidin, pula berkata pemeriksaan mendapati kebanyakan ayam disembelih dengan cara tidak sempurna dan sijil halal tiada di premis.


Di atas adalah petikan dari lapuran akhbar Metro hari ini.
Perkara yang menjijikkan macam ni sebenarnya dah banyak kali timbul, banyak kali kita baca, banyak kali kita dengar dan ianya akan terus kita dengar dimasa akan datang.

Di penjara Guatanamo Bay kita dengar umat Islam dizalimi, diseksa, dicerca dan dihina oleh orang kafir. Banduan Islam di sana dipaksa lakukan sex luar tabii, dibogelkan, diberi makan babi, diberi makan najis, dikencing, disergah dengan anjing, tak dibenarkan solat dan macam-macam lagi. Namun, di negara Malaysia nan damai lagi permai ini berbeza pula, bila umat Islam sendiri memberi saudaranya makan bangkai. Uuhh...tak bermoral betul... bangkai!!

Kenapa semuanya berlaku??? Kerana nak cepat, nak senang, nak mudah dan nak murah. Jika kita gabungkan semua sebab-sebab tu ia akan mengeluarkan satu jawapan yang ringkas dan tepat iaitu DUIT. Ya, kerana duit, manusia abaikan halal haram, baik buruk dan sehinggakan sanggup memberi saudaranya makan bangkai. Uuhh...tak bermoral betul... bangkai!!

Kalau dikatakan bangkai ni, sama lah ayam tu dengan ayam yang kita jumpa dah 1jam mati kena langgar atau mati kena sawan, kita ambil dan masak. Emmm... rasanya sama je, rasa ayam jugak. Ada sesiapa yang sanggup ke???

No comments:

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers