((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

01 November 2010

Syarikat Bas Hampeh!!!!


Syarikat Bas Hampeh!!!!... Hampeh??? Aku sbnrnya tak tahu ape maksud 'hampeh' tu, agak-agaknya hampas la kot... Jika 'Hampas' maknanya benda tak berguna lagi, mcm hampas tebu yang dah diperah airnya... Hampas tu nak bagi lembu pun lembu tak makan...
Itu lah aku nak gambarkan tentang syarikat bas yang basnya terlibat dalam kemalanagan di Genting Sempah baru2 ini. Mungkin ada perkataan lain lagi yang lebih sesuai dangan syarikat peragut nyawa ini... itu aku tak pasti, sebab aku tak penah belajar ilmu maki-hamun orang.

Telah banyak kemalanagan bas maut terjadi, namun pegusaha atau syarikat bas ni masih lebih mementingkan keuntungan. Tak fikir ke kalau kemalangan ini kena atas batang hidung sendiri atau saudara terdekat...hampeh!!
Kes kemalanagan di Genting Sempah, dengan keadaan bas terlalu uzur, tak sesuai untuk perjalanan jauh lebih2 lagi naik dan turun Genting, Pemandu tiada lesen sah dan pemandu memandu dengan sebelah tangan kerana sebelah tangan mengalami kecacatan.

Aku tak salahkan pemandu 100%, dia nak mencari rezeki... Tambahan dengan kecacatannya mungkin sukar dia nak dapatkan kerja. Tapi, majikannya patutnya memberi tugas yang berpadanan dengan kemampuannya, lebih lagi jika melibatkan nyawa berpuluh-puluh orang lain. Mungkin pemandu tu tak berkira sangat pasal gaji sebab nak dapatkan kerja. Ini lah yang digunakan oleh syarikat ni untuk kaut untung lebih.... hampeh!!

Keadaan senggaraan bas yang teruk memang bukti jelas, keuntungan besar menjadi agenda utama syarikat ini berbanding keselamatan penumpang...hampeh!!

Kepada pihak berkuasa JPJ dan menteri pengangkutan tolonglah buat sesuatu. Aku tahu depa semua tak baca pun blog cabok aku ni... tapi, biarlah aku lepas geram dan syok sendiri je.
Anda pihak berkuasa boleh kuatkuasakan undang2, cuba lah fikir makanisma berbaik untuk mengelak kejadian ini. Klau setakat nak buat sekatan jalan, saman ekor dan kutip cukai jalan je, orang tak sekolah tinggi mcm aku pun boleh buat. Tangungjawab sebagai pihak berkuasa lebih besar dari itu, pihak ber'KUASA' lah katakan.... (opss.. sini tak letak hampeh... nanti kena ban).

isk..emo la plak.. Bahaya ni, nanti darah bleh naik..heheh
Ok, meh kita cuba utk senyum kembali. Teruskan ceria sambil berharap kemalangan tak menimpa kita, keluarga kita dan saudara kita....

..

1 comment:

Al said...

sokong!

segalanya salah syarikat bas yg hanya tau kaut untung je
mgkn blh denda depa smp bangkrap
br blh jd pengajaran kat kompany bas lain
haha jhtkn ak

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers