((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

10 December 2010

Disebalik Perlumbaan itu...



Hari ni aku cuti, jadi nak cerita pasal pertandingan perlumbaan perahu panjang yang dikendalikan oleh 8 orang setiap perahu telah disertai oleh tiga pasukan, iaitu pasukan merah, biru dan kuning. Ianya menguji kekuantan fizikal dan mental kesemua pengendali yang terlibat.


Setelah perlumbaan dijalankan keputusannya pasukan merah telah menang dengan meninggalkan pasukan biru dan kuning jauh di belakang. Oleh itu, buat kali ini pasukan merah diisytiharkan sebagai juara.


Pasukan yang tewas sudan tentu merasa kecewa dan hampa. Setiap yang berlaku mesti ada penyebabnya. Penyebab kepada kekalahan mesti dicari agar boleh berjaya diperlumbaan akan datang. Penyebab kepada kemenangan juga harus dicari agar kemenangan dapat dipertahankan.
Maka sibuk lah mereka menbuat kajian akan kelebihan dan kelemahan pasukan masing-masing.



Dari kajian didapati pasukan merah mempunyai 1 pengarah dan 7 pekerja.



Dari kajian didapati pasukan biru mempunyai 7 pengarah dan 1 pekerja.


Dari kajian didapati pasukan kuning mempunyai 4 pengarah, 2 penumpang, 1 penasihat dan 1 pekerja.


Eheemmm... jadi, apakah pengajaran atau rumusan yang boleh dibuat???

Arrggkkk...my wife nak guna pc plak lah, kena lah aku undurkan diri.....
OK lah, sesiapa yang boleh berikan rumusan dari sketsa di atas silakan lah yee muat dlm 'comments' ..


.

4 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Yob Ham Radio, teman rasa clear dah situasi tu. Tapi itu yg banyak berlaku dlm banyak organisasi...banyak kaki penyibuk dari yang buat koje.

zulkbo said...

salam..
alhamdulillah dapat
beriadah sambil menyihatkan
badan..

YOUsoF said...

Rumusan yang dapat saya buat.. Ape yang penting? KERJASAMA, baru boleh berjaya bersama² ;)

akubiomed said...

Dalam organisasi banyak berlaku macam situasi diatas. Ada yang mengambil kesempatan keatas orang lain :-)

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers