((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

18 February 2011

Anak Dinosaur Tumbang Disondol Gajah


Petang semalam, macam biasa lah menjalankan tugasan menjemput sang puteri dari sekolah. Tiba sahaja di jalan utama, kelihatan kenderaan di jalan amat sesak sekali. Jalan 2 lorong dah jadi 3 lorong. Biasa lah kat jalanraya kita ni, bila sesak je lorong kecemasan menjadi pilihan bagi yang merasakan dia nak cepat....macam lah orang lain tak nak cepat.

Berbalik kepada cerita tadi, "wah, ni dah tentu lewat sampai ni... mahu berjam ni" fikirku dalam hati. Aku terus buat pusingan 'U'dan balik semula ke rumah untuk dapatkan altenatif lain agar dapat sampai lebih cepat. Altenatif terbaik ialah kuda besi. Dah lama kuda besi ni tak dibawa keluar ke jalan utama. Sekarang ni ia sekadar diguna untuk ditunggang persekitaran rumah sahaja. Hari ni khidmatnya amat diperlukan... ya, sangat-sangat diperlukan, tiada pilihan lain lagi.

Alhamdullillah, walau usianya agak lanjut dan lama tak dibawa ke jalan utama kuda besi ku tetap beraksi cemerlang. Dicelah-celah kenderaan besar ia membawa ku menyelinap untuk terus pantas ke hadapan agar segera sampai ke tempat dituju. Akhirnya, aku sampai di tempat yang dituju, walaupun lewat 5 minit dari masa yang sepatutnya. Namun jika tidak ada bantuan dari kuda besi rasanya kelewatan akan menjadi 50 minit atau lebih.

Dalam perjalanan tadi, aku melintas di tempat punca terjadinya kesesakan tersebut. Rupa-rupanya satu lorong dah tertutup terus dek kerana pertembungan anak dinosaur dan gajah. Khabarnya gajah telah menyondol anak dinosaur dari belakang, yang menyebabkan anak dinosaur rebah dan tak mampu berdiri lagi. Manakala gajah tadi mengalami kecederaan di kepala.

Ni lah keadaan anak dinosaur yang tumbang dan tak mampu bangun disondol dari belakang oleh sang gajah.


Ni pula keadaan kecederaan sang gajah yang agak parah di kepala.



.



6 comments:

Buletin Bawang said...

dasyat nye!! jadi berhati2 lah di jalan raye okey.. =D


thanks sudi singgah blog popolita.. =D

Kujie said...

kalau dah dengan gajah...tak tumbang tu jadi berita pelik pula...

zulkbo said...

salam..
berhati2 di jalan raya
ermm..kamalangan di mana2
naik risau baca..

Aku Anak Pahang said...

Salam, alahai kes naya tu.

Raja Shahrizza :) said...

ishh ishh kesian dinasaur tuh . hihih :P

Miecyber said...

Ada accident rupernyer...

Sebab Miecyber's Blog lambat loading sebelum ini...

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers