Pergolakan yang kian memuncak di Mesir mengundang rasa cemas bukan sahaja kepada Presiden Mesir dan rakyatnya malah Israel dan Amerika pun dalam kebimbangan.
Kebangkitan rakyat menuntut perubahan kepada sistem demokrasi dan menolak pemerintahan Hosni Mubarak. Perubahan pucuk pimpinan yang membawa kemungkinan perubahan dasar kerajaan Mesir membimbangkan negara sekutu Hosni Mubarak, Israel dan Amerika. Israel ternyata bimbang jika pengganti Hosni Mubarak adalah anti-Israel. Yang bakal menambah lagi bilangan seteru mereka di rantau sekitar mereka.
Apakah kepentingan Mesir kepada Amerika dan Eropah?? Mesir bukan negara pengeluar minyak, tetapi Mesir adalah negara yang mengawal Terusan Suez. Terusan ini menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Jika terusan ini ditutup, kapal dagang terpaksa melalui jalan jauh iaitu mengelilingi benua Afrika yang dianggarkan menjadikan pertambahan masa sekitar 7 hari. Dah menjadi polisi Amerika iaitu menguasai benda yang penting di dunia ini. Atas dasar itulah Amerika menjadi sekutu kuat Hosni Mubarak. Amerika juga tak rela pengganti Hosni Mubarak adalah anti-Israel.
Berikut adalah sebahagian kenyataan orang Israel di New York Times:
"It is improbable that whatever regime takes form after Mr. Mubarak will be as friendly toward Israel or as willing to ignore the anti-Israel sentiment of many Egyptian people. If the Muslim Brotherhood is at the helm of the next government, Egypt’s relationship with the West and with Israel will deteriorate dramatically, and most alarming of all, we Israelis may be forced to remilitarize the Sinai to ensure our security." - Brian Fuchs, Halamish, West Bank
Moga perubahan yang bakal berlaku akan menguatkan lagi penyatuan negara Islam di Timur Tengah dan sekitarnya. Ini lah yang paling digeruni oleh musuh Islam.
10 comments:
bagus n3 ni...tq sharing:)
hrpnya bkn jd mcm kat turki,krajaan campuran yg punya pemerintahan sekular
mgkn ikhwan muslimin?tgk je nnt
hosni sekutu israel
Teruk sgt dah kat sana perlukan reformasi bukan mcm kat Malaysia masih lagi ok.. susah nak cari pemimpin betul2 mengikut cara Islam walaupun negara Islam sendiri.... Akhir zaman dan nak kiamat...
Assalamualaikum URY
Alhamdulillah
cuma 20 tahun, rakyat mesir telah sedar akan kepincangan/tergelincir drp Islam pemimpin mereka
....
Wassalam
ps:terima kasih sudi dtg ke teratak phd
sudi2kan dilain kali
semuga budak2 kita selamat di sana
sampai kiamat pun umat Islam akan diuji. Tak kiralah sama ada oleh sesiapapun atau dengan apa cara sekalipun.
Sedang Rasullullah sendiri telah diuji dengan kaum Israel ini. Kita apatah lagi kan?
really hope semuanya cepat berakhir dengan cara yang terbaik
Semuga Ikhwanul Muslimin dapat membentuk kerajaaan.
Hosni Mubarak orang terkaya di dunia.
Post a Comment