((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

21 February 2011

Penganggur Malas Atau Tiada Peluang..?


Masalah pengangguran tidak sepatutnya wujud dalam negara Malaysia yang aman dan damai ini. Kita masih menghadapi masalah pengangguran, dimasa yang sama kita masih mengimport tenaga kerja luar. Kita pernah dengar pekerja asing mengatakan dekat Malaysia ni senang sangat dapat kerja.

Mengikut lapuran oleh Bernama pada 1 Disember 2010, Malaysia mencatatkan jumlah pengangguran 364,200 pada September 2010. Maka wujud pertanyaan, adalah penganggur di negara kita ini malas, memilih kerja atau pun tidak diberi peluang.

Jika dilihat sekarang ni, banyak sektor pekerjaan dikuasai oleh pekerja asing. Kita boleh terima jika pekerja asing bekerja disektor pembinaan yang rata-rata melakukan kerja berat. Tidak ramai yang sanggup melalukan kerja-kerja begini melainkan terdesat. Maka pengambilan pekerja asing amatlah munasabah untuk mengisi kekosangan ini.

Namun apa yang diperhatikan kini, kerja-kerja ringan pun dikuasai orang asing. Kerja kilang, pegawai keselamatan dan pembantu kedai dirasakan amat ringan dan mampu dilakukan oleh sebilangan penganggur di negara kita. Jika dilihat di Pasar Borong Selayang, dari pekerja pemunggah barang hinggalah kepada pembantu kedai dan peniaga adalah warga asing. Di Plaza Imbi dan Plaza Low Yatt pembantu kedai yang menjual barangan IT dan komputer juga orang luar. Itu sekadar contoh sahaja, namun ada banyak lagi tempat yang menggunakan pekerja warga asing untuk melakukan kerja-kerja ringan yang nescaya mampu dilakukan oleh penganggur kita.

Tidak adakah penganggur kita boleh buat kerja-kerja ini, mungkin mereka malas atau pun tidak diberi peluang. Mungkin majikan lebih cenderung untuk mengambil warga asing kerana gaji murah atau pun mudah untuk dijaga atau mudah digertak jika mereka buat hal.

Mungkin kerajaan patut menghadkan sektor tertentu sahaja yang boleh diberikan pekerjaan kepada warga asing. Manakala majikan jangan lah fikir nak senang sendiri sahaja, fikirkan juga anak Malaysia yang masih menganggur. Jika ada peluang untuk berkhidmatan untuk negara macam ni, kenapa tidak diambil peluang?
Bagi anak muda kita yang tengah cari kerja, takperlu lah memilih sangat. Biarpun kita ada diploma, ada ijazah, tak salah kita bekerja dari bawah. Cari pengalaman dahulu.






11 comments:

zacky786 said...

btol laa..~ kdg2 tu.. gaji buat kje warga asing nie lg tinggi dr kje2 kfc.. mcD .. n so on..

contoh .. mcm bruh buat rumah.. wlwpon berpanas berhujan.. p depa sht tubuh badan... tiap2 hari kuar peluh.. da mcm joging.. muscle pn naik... huhuu..

Aku Anak Pahang said...

SALAM, GAMAKNYA DAH TAK DPT PELUANG DATANGLAH MALASNYA :(

atuk said...

Assalamualaikum URY

rakyat kita bekerja diluar pula
contoh di Arab Saudi, Singapura

Wassalam

zulkbo said...

salam..
kebanyakkannya mereka ni jenis
dah selesa hidup mak ayah tanggung
nak kerja yang jadi pegawai je...senang nak mengarah orang..tu punca kerja bawah tak cukup orang..lupakan sejenak ijazah@sijil anda mulakan dari bawah cari pengalaman bekerja..

Kujie said...

mak bapa dah senang, anak2 masih belajar pun dah ada kereta...jadi apa lagi yang dia nak kejar dalam hidup dia...

berbeza dgn zaman kita

sawn said...

Kadang-kadang kita terpaksa mencari kerja yang bukan dalam bidang atau minat kita... manatau mungkin itu dapat mematangkan kita

aku masa 1st job aku pun macam tu jugak. kurang-kurang kita dapat pengalaman.

Lagi satu kalau kita minat dalam bidang profesional... kita kene la tambahkan ilmu dan ada sijil-sijil yang berkaitan dengan bidang profesional yang kita nak ceburi... Apa yang aku nampak kebanyakkan anak-anak muda yang baru grad universiti cuma takat ada degree saja berbanding orang luar...

Miecyber said...

Seramai 4 juta orang Indonesia bekerja di Malaysia.Mengatasi jumlah penduduk bangsa India di Malaysia.
Mereka boleh bekerja dan ada jugak yang kaya raya dah...

236 pulau di Malaysia belum ada nama

Unknown said...

nk wat mcm mana..memilih punya pasal..
pastu kalo bleh..sume keje nk stndard..kalo qualification selari ngan apa yg dia cari..xpe gak =)

Al said...

klo ikut zmn skrg ni, mgkn btolnya ade sifat malas
mreka smakin dimanjakan..

Afzainizam said...

Saya rasa silapnya pada mentaliti pelajar bumiputera (bukan semua),ambil kursus yang senang lulus,janji dapat diploma atau degree,lepas tu cari kerja..Berbanding dengan Cina,ramai yang ambil kursus profesional eg.eng,doc,dsb.Lepas tu bila keluar diurang buka business sendiri.

Jadinya kita kena ubah mind set kita dan anak-anak kita supaya..."belajar rajin-rajin,sampai masuk u,dapat ijazah paling tinggi,keluar kerja sendiri".

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kasih said...

kadang2 takdo rezeki...dah cubo mcm2 caro nak kojo tapi org tak nak kito...

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers