((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

08 March 2011

Apa Itu Kencing Manis (Diabetes)..?


Apa Itu Kencing Manis (Diabetes)
Secara amnya adalah penyakit yang berpunca dari kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas. Pankreas adalah organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin. Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah.


Jenis-jenis Kencing Manis

1. Diabetes bersandar insulin
Badan manusia tidak berupaya merembeskan insulin. Ini mungkin disebabkan sel manusia membunuh sesama sendiri dalam sistem keimunan badan. Sebanyak 10% pesakit kencing manis menghadapi kencing manis Jenis 1 dan kebanyakannya kanak-kanak.

2. Diabetes bebas insulin
Berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Keadaan ini dikenali sebagai "kerintangan insulin" dalam terma perubatan. Terdapat 90% pesakit kencing manis yang menghidapi kencing manis Jenis 2 dan majoritinya adalah terdiri daripada orang dewasa.

Tanda Dan Gejala
Selalunya dikesan semasa pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti:-
•> Kabur penglihatan
•> Penyakit kulit yang berterusan
•> Luka lambat sembuh
•> Jangkitan pada system pembuangan air kecil dan kemaluan
•> Kebas kaki
•> Dahaga
•> Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak
•> Letih dan lesu
•> Penurunan berat badan walaupun selera yang baik
•> Kelemahan otot
•> Kegatalan tanpa ruam

Faktor-faktor risiko Diabetes
•> Berlebihan berat badan / kegemukan
•> Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif
•> Pemakanan/ pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat
•> Keturunan – diabetes mempunyai kaitan yang kuat dalam keluarga
•> Peningkatan umur
•> Bangsa – kaum India menpunyai lebih risiko mendapat diabetes.

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati, amalkan cara hidup yang sihat. Kurangkan pengambilan gula, lakukan senaman. Kurangkan manis dalam makanan dan minuman, sebaliknya lebihkan manis dalam senyuman..... :)



5 comments:

Rose Johari said...

nice sharing :)

::ThisIsNotMe:: said...

salah satu penyakit keturunan kan???

zulkbo said...

salam..
koi suka sangat info kesihatan bergini
sesamalah kita menjaga pemakanan..aok tahu lah orang malaysia ni..air lagi tak manih tak mboh minum..he he

Unknown said...

arap2 dijauhkan la dari penyakit semua ni..hehe

Ralfe said...

Bersama tingkatkan kesedaran kesihatan, cegah diabetes.

Amalkan gaya hidup sihat.

Ekstrak herba bantu atasi masalah elak risiko diabetes.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers