((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

14 August 2011

SMP: Pabila Emak Tiada....



Diusia awal belasan tahun ni terasa sangat hidup terkongkong... itu tak boleh, ini tak boleh. Semua yang dibuat kena dapat kebenaran. Jika melanggar 'perintah' pasti di hukum, sekurang-kurabgnya di kutbah berjam-jam. Siapa lagi tentu lah emak yang baca kutbah tu, kalau ayah, kutbahnya pendek skit.
Jadi bila emak tiada, rasanya takde siapa nak membebel panjang. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak...horeyyy...merdeka!..merdeka!!
Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab jika emak ada 24 jam tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott prett....prottt...
Tu belum emak menjerit lagi, jika emak menjerit boleh pecah gegendang telinga, jantung pun boleh putus dari tangkainya...... ada masanya rambut pun boleh tercacak.. no need to use hair gel la hoi...
Jadi bila emak tak de ni boleh la tengok TV sampai terkeluar biji mata, boleh chatting sampai pagi, boleh update facebook sampai bengkak jari dan boleh bergayut dari malam sampai cerah (tu pun kalau emak bekalkan prepaid...). Perkhh.. best nye hidup macam ni, takyah kemas tempat tido, takyah basuh baju yang semakin bertimbun dan takyah kemas rumah walau habuk paras bukulali.

Namun yang peliknya semua kegembiraan ni tak lama, masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadi sesepi-sepinya cam dalam kubur...mmm agaknya lah, sebab belum masuk ke 'sana' lagi. Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti machine gun atau M16, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti kaku dan tak berseri...Hidup bagai tiada cabaran, tiada suspense dan tiada gimik... Mana best kalau kita tengok filem yang tiada cabaran dan suspense. Paling penting tiada lagi orang yang sibuk siapkan makanan yang best untuk diisi ke perutku, tiada sape nak temankan ke tandas bila rasa takut selepas tonton filem seram.
Terasa amat janggal bila buat salah pun tiada orang nak bebel, tiada orang nak pulas telinga, tiada orang nak tengking macam halilintar. Hidup tiba-tiba jadi mendatar, hambar dan kosong. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia pulas telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.

Nota: SMP = Sesi Menyelami Perasaan











3 comments:

zulkbo said...

salam..
kedengaran sedih sekali luahan hati ini, jika ibu telah kembali ke rahmatullah, semoga rohnya aman di sana, doakan yang baik buatkan..doa dari anak yang soleh :)

URY said...

Salam bang zulkbo..
Emak dia ni tak kemana cuma outstation 3 hari je..

makcu B said...

Ibu hanya satu, tapi pesannya beribu-ribu.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers