((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

27 October 2011

SMP: Aku Peragut



Pada aku, kerja rembat-merambat ni dah lama, sejak dari sekolah lagi. Sejak habis sekolah ni aku kembangkan kegiatan kepada meragut pula. Aku bukan nak sangat meragut ni, tapi terpaksa. Kalau aku ni doktor ke, peguam ke, engineer ke tak payah la aku susah-susah merembat barang orang. Semuanya kerana duit. Kalau tak ada duit silap-silap mati kebulur lah aku.

Kalau nak cerita kena cekup, banyak kali jugalah aku terlepas, yang betul-betul kena cekup 2 kali. Masuk lokap 3 atau 4 hari aku keluar, yang penting aku tak ambil dadah. Diorang nak bela aku lama-lama pun tak ada hasil.
Bila dengar cerita ada mangsa ragut mati, kesian juga… tapi, setakat ni aku belum lagi terlibat dengan kes kematian macam tu. Aku kira masih ada perikemanusiaan lagi lah. Ada diantara orang macam aku ni yang terlalu terdesak untuk dapatkan duit, tak kira apa cara pun. Mungkin sampai tahap dia boleh mati jika tak dapat duit tu, sapa tahu….

Peragut-peragut yang ada kat Malaysia ni bukan lah semua tak berpelajaran macam aku, ada yang tengah belajar kat kolej pun meragut, ada yang baru habis belajar kolej pun meragut. Kat univesiti pun ada yang buat kerja macam aku. Kira kelas atasan juga lah kerja aku nih.

Hidup kat kota ni semua hal perlukan duit, nak kencing pun kena bayar, nasib baik nak kentut tak payah bayar. Apa cara pun kena lah cari duit. Yang berduit pula tak ada yang suka rela nak bagi orang macam aku ni duit. Macam aku dengar sekarang ni heboh pasal harga tiket bola tahun ni naik sampai RM50. Hahh.. kalau duit tu dikumpul dan disedekah kat orang macam aku ni kan bagus. Tengok je la bola tu kat TV.

Cita-cita…? Semua orang ada cita-cita yang baik-baik, namun tak semua kita boleh capai. Keadaan sekeliling yang banyak mencorakkan kita. Pesan orang tua aku dulu, kalau nak jadi baik, berkawan lah dengan orang baik-baik… tapi, masalahnya orang baik-baik tu tak nak berbaik-baik dengan orang macam aku ni. Pada pendapat mereka tu, sampah selayaknya berada dalam tong sampah bersama sampah-sampah yang lain. Jika macam tu, bila pula sampah tu nak jadi benda yang bersih..??

Apapun aku harap aku akan menjadi orang baik-baik kelak....



NOTE: SMP = Sesi Menyelami Perasaan









.

3 comments:

izamin said...

insyallah awk akn jd org2 yg baek.. :)

zulkbo said...

salam..
kalau kita kenakan hukum hudud..
agaknya kudung tak tangan si peluah
perasaan ini..pada saya susah bagaimana pun taak payahlah sampai nak jadi peragut..mana kita tahu orang yang kita ragut tu lagi susah dari kita, hutang keliling pinggang, tapi dia masih boleh uruskan diri beliau tanpoa meragut..kerja banyak di dunia ini..kalau tubauh badan sihat, buat kerja buruh pun berduit, cuma malas..dan jadikan alasan hendak meragut..

URY said...

Moga-moga 'aku' tu menjadi orang baik-baik.

Matlamat tak boleh menghalalkan cara. Matlamat baik kena lah dilakukan atau dijayakan dgn cara yng halal.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers